Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Appearance
Kepentingan wahyu oleh Roh kepada seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah boleh terlebih ditekankan. Wahyu membawa makna yang lebih besar kepada anda daripada apa yang mungkin anda sedari. Sekarang saya bukan bercakap tentang Kitab Wahyu ini dan anda. Saya bercakap tentang SEMUA wahyu. Ia sangat penting bagi gereja. Adakah anda ingat dalam Matius 16 di mana Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya soalan ini,
"
Kata orang, siapakah Anak Manusia itu?
Jawab mereka: Ada yang mengatakan Yohanes Pembaptis, ada yang mengatakan Elia, ada yang mengatakan Yeremia atau salah seorang dari para nabi.
Lalu Yesus bertanya kepada mereka: Tetapi kamu, siapakah Aku ini menurut kamu?
Maka Simon Petrus menjawab: Engkau adalah Kristus, Anak Tuhan yang hidup.
Kata Yesus kepadanya: Berbahagialah engkau Simon bin Yunus, kerana daging dan darah tidak menyatakan hal ini kepadamu, melainkan Bapa-Ku yang di syurga.
Dan Aku berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus, dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya.
"
Penganut Roman Katolik mengatakan bahawa gereja dibina di atas Petrus. Itu benar-benar bersifat kedagingan. Bagaimanakah Tuhan boleh membina gereja-Nya di atas seorang manusia yang begitu tidak stabil sehingga dia menyangkal Tuhan Yesus dan mengutuk semasa melakukannya? Tuhan tidak boleh membina gereja-Nya di atas mana-mana manusia yang dilahirkan dalam dosa. Dan ia bukannya seumpama ketulan batu yang terletak di situ, seolah-olah Tuhan telah menguduskan tanah di tempat itu. Dan ia bukanlah seperti yang dikatakan oleh orang Protestan, bahawa gereja dibina di atas Yesus. Ia adalah WAHYU. Bacalah ia seumpama ia tertulis: “Daging dan darah tidak MENYATAKANNYA (MEMBWA WAHYU) kepadamu, MELAINKAN BAPA-KU YANG MENYATAKANNYA, dan DI ATAS BATU KARANG INI (WAHYU) Aku akan mendirikan jemaat-Ku:” Gereja dibina di atas Wahyu, di atas “Demikianlah Firman Tuhan”.
Bagaimanakah Habel tahu apa yang perlu dilakukan untuk mempersembahkan korban yang layak kepada Tuhan? Melalui iman dia menerima wahyu tentang darah. Kain tidak mendapat wahyu sedemikian (walaupun dia mempunyai perintah) jadi dia tidak dapat mempersembahkan korban yang betul. Wahyu daripada Tuhanlah yang membawa perbezaan dan memberi Habel kehidupan kekal. Sekarang anda mungkin menerima apa yang dikatakan oleh pastor, atau apa yang diajar oleh seminari, dan walaupun ia mungkin diajar kepada anda dengan penuh kepetihan, sehinggalah Tuhan mewahyukan kepada anda bahawa Yesus adalah Kristus, dan bahawa darahlah yang menyucikan anda, dan bahawa Tuhan adalah Penyelamat anda, anda tidak akan pernah memiliki kehidupan kekal. Wahyu Rohani tulah yang melakukannya.
Terjemahan Daripada
CAB-01 - Wahyu Yesus Kristus (The Revelation of Jesus Christ)